Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (BNCKHT) secara elektronik melalui e-CKHT menerusi portal MyTax adalah mandatori mulai 1 Januari 2025.
Pengemukaan borang tersebut boleh dilakukan melalui kaedah yang berikut:
Peguam bertauliah dan ejen cukai berlesen yang dilantik dibenarkan untuk mengakses e-CKHT pembayar cukai melalui medium berikut:
HASiL komited dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan sebagai agensi pemudah cara yang lebih fleksibel dan dinamik sekali gus kekal relevan dan melangkaui ekspektasi semua pihak.
Pelaksanaan mandatori pengemukaan borang melalui e-CKHT sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian bagi meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pembayar cukai dalam melaksanakan urusan CKHT tanpa perlu hadir ke pejabat HASiL.
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: