Diterbitkan pada 25 November 2024, 16:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (BNCKHT) secara elektronik melalui e-CKHT menerusi portal MyTax adalah mandatori mulai 1 Januari 2025.

Pengemukaan borang tersebut boleh dilakukan melalui kaedah yang berikut:

  1. Layari https://mytax.hasil.gov.my/. Log masuk MyTax dengan memilih jenis pengenalan dan masukkan kata laluan. Sekiranya tiada Nombor Pengenalan Cukai (TIN), permohonan boleh dikemukakan melalui pendaftaran nombor TIN menerusi pautan e-Daftar di MyTax;
  2. Pilih menu Perkhidmatan ezHASIL > eCKHT; dan
  3. Pilih jenis BNCKHT dan isi maklumat yang berkaitan.

Peguam bertauliah dan  ejen  cukai  berlesen  yang  dilantik  dibenarkan  untuk mengakses e-CKHT pembayar cukai melalui medium berikut:

  1. Ejen cukai berlesen: Sistem TaeF versi 2.0; dan
  2. Peguam: Peranan Peguam di MyTax.

HASiL komited dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan sebagai agensi pemudah cara yang lebih fleksibel dan dinamik sekali gus kekal relevan dan melangkaui ekspektasi semua pihak.

Pelaksanaan mandatori pengemukaan borang melalui e-CKHT sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian bagi meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pembayar cukai dalam melaksanakan urusan CKHT tanpa perlu hadir ke pejabat HASiL.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  1. Pusat Hubungan Hasil (HCC) melalui talian 03-8911 1000/603-8911 1000 (Luar Negara);
  2. Sembang Langsung HASiL; atau
  3. Borang Maklum Balas menerusi Portal Rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi