Diterbitkan pada 16 Disember 2025, 11:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa Rangka Kerja Semakan Pematuhan e-Invois (RKe) telah dimuat naik dan kini boleh diakses melalui portal rasmi HASiL sebagai rujukan kepada pembayar cukai, ejen cukai dan pihak berkepentingan.

Penyediaan dokumen ini bertujuan memperjelas pelaksanaan semakan pematuhan e-Invois selaras dengan keperluan semasa sistem percukaian digital negara.

Menurut HASiL, RKe berfungsi mnyokong pelaksanaan sistem e-invois dengan menggariskan hak dan tanggungjawab pegawai audit, pembayar cukai dan ejen cukai. Pendekatan ini bertujuan memastikan proses semakan dilaksanakan secara adil, telus dan saksama.

Dokumen tersebut boleh dimuat turun melalui portal rasmi HASiL seperti yang berikut:

  1. Layari portal rasmi HASiL melalui www.hasil.gov.my;
  2. Klik menu Perundangan > Rangka Kerja Audit HASIL > Rangka Kerja Semakan Pematuhan e-Invois;
  3. Pelayar boleh juga memuat naik dokumen melalui capaian pantas yang berikut: (Versi Bahasa Melayu sahaja) https://www.hasil.gov.my/media/vemjfro3/20251215_rangka-kerja-semakan- pematuhan-e-invois.pdf

Pelaksanaan inisiatif ini diharap dapat membantu pembayar cukai merancang dan mengurus hal ehwal percukaian dengan lebih efektif, menjimatkan masa dan memperkukuh komunikasi dua hala antara pembayar cukai dengan pegawai HASiL. Inisiatif ini akan memperkasakan kualiti penyampaian perkhidmatan HASiL kepada rakyat.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas berkaitan dengan RKe e-Invois boleh disalurkan melalui:

  1. Hasil Contact Centre (HCC) melalui talian 03-8911 1000/03-89111000 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; dan
  3. Borang Maklum Balas yang disediakan melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi