Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa Rangka Kerja Semakan Pematuhan e-Invois (RKe) telah dimuat naik dan kini boleh diakses melalui portal rasmi HASiL sebagai rujukan kepada pembayar cukai, ejen cukai dan pihak berkepentingan.
Penyediaan dokumen ini bertujuan memperjelas pelaksanaan semakan pematuhan e-Invois selaras dengan keperluan semasa sistem percukaian digital negara.
Menurut HASiL, RKe berfungsi mnyokong pelaksanaan sistem e-invois dengan menggariskan hak dan tanggungjawab pegawai audit, pembayar cukai dan ejen cukai. Pendekatan ini bertujuan memastikan proses semakan dilaksanakan secara adil, telus dan saksama.
Dokumen tersebut boleh dimuat turun melalui portal rasmi HASiL seperti yang berikut:
Pelaksanaan inisiatif ini diharap dapat membantu pembayar cukai merancang dan mengurus hal ehwal percukaian dengan lebih efektif, menjimatkan masa dan memperkukuh komunikasi dua hala antara pembayar cukai dengan pegawai HASiL. Inisiatif ini akan memperkasakan kualiti penyampaian perkhidmatan HASiL kepada rakyat.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas berkaitan dengan RKe e-Invois boleh disalurkan melalui: