Diterbitkan pada 7 Oktober 2025, 18:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa pembayar cukai yang menerima Notis Bayaran Ansuran (CP500) bagi Tahun Taksiran (TT) 2025 boleh mengemukakan permohonan untuk meminda amaun bayaran ansuran tersebut sekiranya perlu pada atau sebelum 31 Oktober 2025.

Permohonan pindaan boleh dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Pindaan Bayaran Ansuran (CP502) yang disediakan dalam portal rasmi HASiL. Borang yang lengkap diisi boleh dikemukakan ke pejabat HASiL melalui serahan tangan, e-mel, pos atau secara dalam talian melalui Borang Maklum Balas Pelanggan dalam portal rasmi HASiL.

Pindaan amaun CP500 boleh dibuat berdasarkan anggaran pendapatan dan cukai kena dibayar bagi TT 2025, sama ada untuk mengurangkan atau menambah jumlah ansuran yang perlu dibayar.

Sehubungan dengan itu, HASiL menasihatkan semua pembayar cukai untuk:

  1. Mengemukakan Borang CP502 lebih awal sebelum tarikh akhir 31 Oktober 2025;
  2. Menyemak amaun ansuran yang dipinda bagi mengelakkan kesilapan atau kenaikan sekiranya perbezaan antara cukai kena dibayar dengan anggaran cukai dipinda melebihi 30 peratus; dan
  3. Membuat pembayaran ansuran mengikut jadual baharu yang telah diluluskan menggunakan nombor bil yang ditetapkan.

HASiL komited membantu pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab percukaian mereka dengan lebih mudah, telus dan efisien. Oleh itu, semua pembayar cukai disarankan untuk menyemak semula anggaran ansuran masing-masing dan mengemukakan permohonan pindaan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas, orang ramai boleh menghubungi HASiL melalui:

  1. Hasil Contact Centre (HCC) melalui talian 03-89111000/603-89111000 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; dan
  3. Borang Maklum Balas dalam portal rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi