Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa pembayar cukai yang menerima Notis Bayaran Ansuran (CP500) bagi Tahun Taksiran (TT) 2025 boleh mengemukakan permohonan untuk meminda amaun bayaran ansuran tersebut sekiranya perlu pada atau sebelum 31 Oktober 2025.
Permohonan pindaan boleh dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Pindaan Bayaran Ansuran (CP502) yang disediakan dalam portal rasmi HASiL. Borang yang lengkap diisi boleh dikemukakan ke pejabat HASiL melalui serahan tangan, e-mel, pos atau secara dalam talian melalui Borang Maklum Balas Pelanggan dalam portal rasmi HASiL.
Pindaan amaun CP500 boleh dibuat berdasarkan anggaran pendapatan dan cukai kena dibayar bagi TT 2025, sama ada untuk mengurangkan atau menambah jumlah ansuran yang perlu dibayar.
Sehubungan dengan itu, HASiL menasihatkan semua pembayar cukai untuk:
HASiL komited membantu pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab percukaian mereka dengan lebih mudah, telus dan efisien. Oleh itu, semua pembayar cukai disarankan untuk menyemak semula anggaran ansuran masing-masing dan mengemukakan permohonan pindaan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas, orang ramai boleh menghubungi HASiL melalui: