Diterbitkan pada 9 Julai 2025, 09:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Alor Setar – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus memperkasakan tindakan guaman terhadap individu dan syarikat yang culas atau tidak patuh pada pelaporan cukai menerusi pelaksanaan Operasi Guaman HASiL Kedah mulai 8 Julai 2025 hingga 10 Julai 2025 di sekitar negeri Kedah.

Pelaksanaan operasi di negeri Jelapang Padi ini menyasarkan 51 syarikat dan individu yang masih gagal melunaskan tunggakan cukai atau kompaun walaupun telah diberi notis peringatan. Mereka akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk guaman sivil dan pendakwaan di mahkamah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar), YBrs. Puan Norfaidah Daud dalam ucapan perasmian berkata, pelaksanaan operasi pada kali ini memfokuskan kes berprofil tinggi dan ini jelas membuktikan bahawa HASiL komited untuk memaksimumkan pematuhan cukai melalui tindakan undang-undang.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar), YBrs. Puan Norfaidah Daud berucap dalam majlis perasmian operasi..

Selain itu, pelaksanaan Operasi Guaman HASiL Kedah membuktikan iltizam HASiL untuk memastikan keadilan dalam sistem percukaian yang menjadi tunjang kepada kestabilan ekonomi negara.

HASiL percaya bahawa pematuhan menyeluruh dalam kalangan pembayar cukai dan penguatkuasaan undang-undang yang berterusan mampu meningkatkan kepercayaan orang awam terhadap sistem percukaian, seterusnya menyumbang ke arah pembangunan negara yang stabil dan sejahtera.

Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) dan barisan pengurusan kanan HASiL.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  1. Hasil Contact Centre (HCC) melalui talian 03-89111000/603-89111000 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; dan
  3. Borang Maklum Balas menerusi portal rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi