Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangAlor Setar – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus memperkasakan tindakan guaman terhadap individu dan syarikat yang culas atau tidak patuh pada pelaporan cukai menerusi pelaksanaan Operasi Guaman HASiL Kedah mulai 8 Julai 2025 hingga 10 Julai 2025 di sekitar negeri Kedah.
Pelaksanaan operasi di negeri Jelapang Padi ini menyasarkan 51 syarikat dan individu yang masih gagal melunaskan tunggakan cukai atau kompaun walaupun telah diberi notis peringatan. Mereka akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk guaman sivil dan pendakwaan di mahkamah.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar), YBrs. Puan Norfaidah Daud dalam ucapan perasmian berkata, pelaksanaan operasi pada kali ini memfokuskan kes berprofil tinggi dan ini jelas membuktikan bahawa HASiL komited untuk memaksimumkan pematuhan cukai melalui tindakan undang-undang.

Selain itu, pelaksanaan Operasi Guaman HASiL Kedah membuktikan iltizam HASiL untuk memastikan keadilan dalam sistem percukaian yang menjadi tunjang kepada kestabilan ekonomi negara.
HASiL percaya bahawa pematuhan menyeluruh dalam kalangan pembayar cukai dan penguatkuasaan undang-undang yang berterusan mampu meningkatkan kepercayaan orang awam terhadap sistem percukaian, seterusnya menyumbang ke arah pembangunan negara yang stabil dan sejahtera.
Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) dan barisan pengurusan kanan HASiL.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: