Diterbitkan pada 2 Februari 2026, 11:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa hasil kerjasama pertukaran maklumat akaun kewangan antarabangsa dengan lebih daripada 100 buah negara telah membawa kepada pengenalpastian 14,858 pemastautin cukai Malaysia yang memiliki baki akaun kewangan luar negara melebihi RM10 bilion, namun tidak mengemukakan pelaporan melalui Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Menurut HASiL, akaun kewangan luar negara berkenaan melibatkan beberapa negara dan wilayah kewangan antarabangsa, termasuk Luxembourg, Hong Kong, Guernsey, Kepulauan Cayman, Bahamas dan Bermuda. Pengenalpastian ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi meningkatkan pematuhan cukai dan menangani pelarian cukai rentas sempadan selaras dengan piawaian percukaian antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, HASiL telah mengeluarkan peringatan kepada individu terlibat sebagai langkah galakan pematuhan secara sukarela, selain memberikan ruang untuk semakan dan pengisytiharan pendapatan sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan diambil.

Pemastautin cukai yang mempunyai pendapatan atau aset luar negara yang belum dilaporkan digalakkan tampil secara sukarela bagi mengelakkan penalti, serta tindakan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

HASiL menegaskan komitmen berterusan untuk mentadbir sistem percukaian negara secara telus, berintegriti dan adil demi kepentingan rakyat, serta pembangunan negara.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi