Diterbitkan pada 1 Februari 2026, 15:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa berkuat kuasa mulai 1 Februari 2026, Pengurusan Tertinggi HASiL telah memutuskan beberapa pelantikan, serta perubahan portfolio dalam kalangan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (TKPE) sebagai langkah penambahbaikan tadbir urus organisasi.

Menurut HASiL, keputusan tersebut bertujuan memperkukuh integriti institusi, membangunkan kepimpinan strategik, serta memastikan kesinambungan dan keberkesanan organisasi melalui perkongsian kepakaran dan suntikan perspektif baharu dalam pengurusan tertinggi.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk Hisham Rusli yang sebelum ini memegang portfolio Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar). Sementara itu, YBhg. Dato’ Khairul Halimin Abdul Halim yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) kini dipertanggungjawabkan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Cawangan Khas).

Dalam perkembangan yang sama, YBrs. Encik Shaharrudy Othman yang sebelum ini menerajui portfolio Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), manakala YBhg. Datuk Ahmad Khairuddin Abdullah yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Cawangan Khas) kini mengambil alih portfolio sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan).

HASiL yakin bahawa pelantikan dan perubahan portfolio ini akan memperkukuh struktur kepimpinan organisasi, serta menyokong usaha berterusan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan negara.

Senarai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HASiL.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi