Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memperkenalkan MyInvois e-POS, sebuah platform digital Point-of-Sale (POS) bagi memudah cara pelaksanaan e-Invois dan membantu perniagaan mematuhi keperluan e-Invois selaras dengan pelaksanaan e-Invois Fasa 4 bermula 1 Januari 2026.
Platform ini boleh diakses secara percuma oleh perniagaan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi mempercepat proses pendigitalan operasi perniagaan.
MyInvois e-POS direka dengan integrasi fungsi teras operasi perniagaan merangkumi perekodan jualan, pengurusan inventori, pelaporan kewangan dan sokongan langsung kepada pelaksanaan e-Invois.
Kemudahan yang disediakan dijangka meningkatkan kecekapan operasi, di samping mengurangkan kos perniagaan seperti yuran langganan perisian komersial, kos percetakan dan keperluan penyimpanan dokumen fizikal.
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyokong pendigitalan perniagaan pembayar cukai, skop penggunaan MyInvois e-POS diperluas meliputi pembayar cukai yang mencatatkan pendapatan atau jualan tahunan sehingga RM5 juta, khususnya yang terlibat dalam pelaksanaan e-Invois Fasa 4.
Bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan dengan lancar, pembayar cukai di bawah Fasa 4 yang mula melaksanakan e-Invois pada 1 Januari 2026 akan diberikan tempoh peralihan selama 12 bulan berbanding dengan tempoh enam bulan seperti yang ditetapkan sebelum ini.
Dalam tempoh kelonggaran tersebut bermula 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026, perniagaan dibenarkan mengeluarkan e-Invois secara disatukan mengikut peraturan yang ditetapkan tanpa dikenakan sebarang penalti.
Peluasan skop penggunaan MyInvois e-POS dan penyediaan tempoh peralihan yang lebih panjang ini adalah selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri semasa Amanat Tahun Baharu 2026 pada 5 Januari 2026.
Kerajaan berharap semua pembayar cukai yang layak dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh HASiL dan melaksanakan e-Invois mengikut peraturan ditetapkan sebagai langkah penting ke arah meningkatkan daya saing perniagaan dan mencapai aspirasi pendigitalan perniagaan.
Bagi mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat lanjut berkaitan dengan e-Invois, pembayar cukai boleh menghubungi HASiL melalui beberapa saluran khas yang berikut: