Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju memberikan tempoh peralihan tambahan bagi pelaksanaan e-Invois Fasa 4, selain melonggarkan keperluan pengeluaran e-Invois disatukan khususnya melibatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Menurut HASiL, keputusan tersebut diambil dengan mengambil kira komitmen dan cabaran yang dihadapi pembayar cukai, khususnya PMKS yang memerlukan tempoh masa mencukupi untuk mematuhi keperluan perundangan berkaitan dengan pelaksanaan e-Invois.
Sehubungan dengan itu, kerajaan bersetuju supaya pembayar cukai yang terlibat dalam pelaksanaan e-Invois Fasa 4 yang bermula pada 1 Januari 2026 diberi tempoh peralihan selama 12 bulan berbanding dengan enam bulan seperti yang ditetapkan sebelum ini. Tempoh peralihan tersebut berkuat kuasa dari 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026.
Dalam tempoh berkenaan, pembayar cukai dibenarkan untuk melaksanakan perkara yang berikut:
Sepanjang tempoh ini juga, tiada penalti akan dikenakan ke atas sebarang ketidakpatuhan terhadap keperluan e-Invois dengan syarat pembayar cukai mematuhi kelonggaran yang ditetapkan.
Dalam perkembangan berkaitan dengannya, kerajaan turut bersetuju untuk membenarkan pembayar cukai daripada sektor pemborongan dan peruncitan bahan binaan mengeluarkan e-Invois secara disatukan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. Melalui kelonggaran ini, e-Invois hanya perlu dikeluarkan bagi transaksi bernilai melebihi RM10,000 atau sekiranya terdapat permohonan daripada pembeli.
HASiL menjelaskan bahawa langkah ini bertujuan memastikan PMKS mempunyai tempoh persediaan yang mencukupi untuk melaksanakan e-Invois secara berperingkat, di samping mengelakkan peniaga bahan binaan daripada terbeban dengan keperluan mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi kecil.
Bagi mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat lanjut berkaitan dengan pelaksanaan e-Invois, pembayar cukai boleh menghubungi HASiL melalui kaedah yang berikut: