Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan perkembangan terkini pelaksanaan bayaran balik lebihan cukai susulan peruntukan tambahan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.
Sehingga 22 Disember 2025, HASiL telah memproses bayaran balik cukai berjumlah RM18 bilion melibatkan 3,542,859 kes seperti pecahan yang berikut:

HASiL menjelaskan bahawa daripada peruntukan tambahan RM4 bilion yang diumumkan, RM3 bilion telah berjaya diproses dan dikreditkan dalam tempoh 9 Disember hingga 22 Disember 2025. Baki RM1 bilion akan diproses dan diselesaikan sebelum akhir Disember 2025.
Menurut HASiL, dana tambahan RM1 bilion pertama telah digunakan bagi menyelesaikan tunggakan bayaran balik yang berusia melebihi tiga tahun tanpa mengira jumlah. Sementara itu, RM2 bilion seterusnya telah diproses untuk bayaran balik berusia dua tahun hingga tiga tahun dengan keutamaan diberikan kepada syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Dalam pada itu, HASiL menasihati pembayar cukai agar mengemas kini dan memastikan maklumat akaun bank yang dilaporkan adalah tepat bagi melancarkan proses bayaran balik. Sebahagian bayaran tidak dapat diproses berikutan kesilapan atau ketiadaan maklumat akaun bank yang sah, selain kes yang melibatkan pertikaian mahkamah, tunggakan cukai bagi tahun taksiran lain, serta syarikat yang telah digulung atau dibubarkan.
HASiL menegaskan komitmen untuk terus menyelesaikan bayaran balik secara teratur dan berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada amaun tertunggak, khususnya yang melibatkan PKS.