Diterbitkan pada 22 Disember 2025, 17:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus memperkukuh usaha memastikan pelaksanaan Program Tadbir Urus Percukaian Korporat (TCG) berjalan lancar, berkesan dan memberikan manfaat kepada pembayar cukai korporat sejak diperkenalkan pada 1 Mac 2022.

HASiL menegaskan bahawa tadbir urus percukaian yang mantap merupakan asas penting dalam menjamin ketelusan, integriti, serta keberkesanan pengurusan cukai korporat selari dengan aspirasi memperkukuh pematuhan sukarela dalam kalangan organisasi.

Seiring usaha penambahbaikan berterusan, Garis Panduan Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat (TCGF) telah dikemas kini hingga 1 Disember 2025 dan kini boleh diakses melalui portal rasmi HASiL.

Menurut HASiL, pengemaskinian tersebut mengambil kira maklum balas daripada sesi libat urus bersama-sama organisasi, serta pengamal percukaian, di samping merujuk  amalan terbaik pada peringkat global.

Versi terkini Garis Panduan TCGF memberikan penekanan kepada pelaksanaan Annual Risk Assessment bagi menggantikan prosedur Annual Review sebelum ini, sekali gus memperkukuh pengurusan risiko dan kepatuhan cukai secara lebih sistematik. HASiL yakin pendekatan ini dapat meningkatkan kefahaman pembayar cukai, serta membantu organisasi merangka strategi tadbir urus cukai yang lebih berkesan dan berdaya tahan.

Garis panduan berkenaan boleh diakses dan dimuat turun menerusi portal rasmi HASiL di www.hasil.gov.my dengan memilih menu Perundangan > Rangka Kerja > Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat > Guidelines on Tax Corporate Governance Framework atau melalui capaian pantas yang disediakan di laman web tersebut.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi