Diterbitkan pada 19 Disember 2025, 22:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Berkaitan dengan pelaksanaan bayaran balik lebihan cukai susulan peruntukan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sehingga 18 Disember 2025, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berjaya memproses bayaran balik cukai berjumlah RM17 bilion melibatkan 3,529,748 kes dengan pecahan seperti yang berikut:

Daripada peruntukan tambahan berjumlah RM4 bilion yang diumumkan, sebanyak RM2 bilion telah diproses dan dikreditkan dalam tempoh 9 Disember hingga 18 Disember 2025 melibatkan 7,819 kes. Baki RM2 bilion lagi akan diproses dan diselesaikan sebelum akhir Disember 2025.

Dana tambahan RM1 bilion pertama berjaya menyelesaikan tunggakan bayaran balik yang berusia melebihi tiga tahun tanpa mengambil kira jumlah terlibat. Manakala RM1 bilion berikutnya telah diproses untuk bayaran balik yang berusia dua tahun ke atas dengan keutamaan diberikan kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

HASiL turut menasihati pembayar cukai supaya memastikan maklumat akaun bank yang dikemukakan kepada HASiL adalah tepat dan terkini bagi melancarkan proses bayaran balik. Terdapat beberapa kes bayaran balik yang tidak dapat diproses disebabkan kesilapan atau ketiadaan maklumat akaun bank yang sah.

Selain itu, bayaran balik juga tidak dapat dilaksanakan sekiranya melibatkan pertikaian mahkamah, tunggakan cukai bagi tahun taksiran lain atau syarikat yang telah digulung atau dibubarkan.

HASiL akan terus memastikan proses bayaran balik dilaksanakan secara teratur dan berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada amaun tertunggak, serta pembayar cukai dalam kalangan PKS.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi