Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menetapkan had tempoh kelulusan bagi layanan cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) kepada maksimum 10 tahun bagi institusi, organisasi dan tabung (IOT) berkuat kuasa mulai 27 November 2025.
Penetapan tersebut melibatkan kelulusan yang membolehkan penderma menikmati tolakan cukai ke atas derma atau sumbangan kepada IOT tertakluk pada had 10 peratus daripada pendapatan agregat individu atau syarikat, selain pengecualian cukai ke atas semua pendapatan yang diterima oleh IOT sepanjang tempoh kelulusan berkuat kuasa.
Bagi IOT yang tempoh kelulusannya tamat pada 31 Disember 2025, surat pemakluman baharu akan dikeluarkan bagi menjelaskan pemakaian tempoh kelulusan maksimum 10 tahun tersebut. Namun demikian, bagi IOT yang telah menerima kelulusan baharu atau lanjutan sebelum 27 November 2025, tempoh kelulusan sedia ada kekal berkuat kuasa dan tempoh 10 tahun hanya akan dipertimbangkan selepas tamat tempoh kelulusan berkenaan.
Selain itu, HASiL akan melaksanakan semakan pematuhan syarat kelulusan secara menyeluruh dari semasa ke semasa sepanjang tempoh kelulusan berkuat kuasa, dengan mengambil kira keperluan penyimpanan dokumen dan had masa yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Sehubungan dengan itu, semua IOT dikehendaki memastikan pematuhan penuh terhadap syarat kelulusan yang ditetapkan. Sebarang pelanggaran boleh menyebabkan kelulusan di bawah subseksyen 44(6) ditarik balik dan pendapatan IOT terbabit dikenakan cukai sebagaimana diperuntukkan dalam Jadual 6 ACP 1967.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas berkaitan dengan perkara ini boleh menghubungi HASiL melalui: