Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah menerbitkan satu set Soalan Lazim (FAQ) dalam laman mikro khas berkenaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS).
Menurut MITI, laman tersebut menjadi pusat rujukan utama untuk rakyat dan pemain industri mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih mengenai ART yang baru dimeterai.
FAQ tersebut boleh diakses menerusi pautan www.miti.gov.my/ART. Soalan Lazim (FAQs) dalam laman tersebut merangkumi perkara seperti rasional pelaksanaannya, jaminan terhadap kedaulatan negara, akses pasaran eksport ke AS, pelindungan pekerjaan rakyat, serta peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor pembuatan dan eksport.
Selain itu, soalan lazim turut memberikan penjelasan mengenai kesan ART terhadap sektor tertentu dan kepastian kepada perniagaan, serta pengeksport.
MITI memaklumkan bahawa laman ART memuatkan beberapa bahagian utama seperti “Bagaimana ART Menjamin Akses Pasaran AS untuk Anda”, Soalan Lazim (FAQs), serta pusat dokumen dan rujukan yang menyediakan kenyataan rasmi, ucapan dan bahan rujukan.
Bagi pertanyaan teknikal, MITI menyediakan saluran komunikasi melalui e-mel tariff@miti.gov.my