Diterbitkan pada 21 Oktober 2025, 10:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Bersempena dengan Bulan Literasi Kewangan 2025, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menganjurkan Bulan Pendidikan Cukai [TAXEDU MONTH 2025 (TEM)] untuk memperkukuh kesejahteraan kewangan rakyat yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara sepanjang bulan Oktober.

Program ini selaras dengan inisiatif HASiL untuk memperkasakan pendidikan dan kesedaran cukai ke arah pembentukan masyarakat yang cakna dan bertanggungjawab terhadap pembangunan negara. Sepanjang TEM berlangsung, pelbagai aktiviti berkonsepkan percukaian diadakan bagi menarik minat masyarakat melalui pendekatan yang lebih santai dan interaktif.

Antara aktiviti yang dianjurkan termasuklah mini karnival, pertandingan dikir barat terbuka, pertandingan “Taxplorace”, kuiz percukaian, pertandingan “Virtual Run”, program “Fun Run dan Fit HASiL”, pertandingan “Search Word”, “Tiktok Live”, “Live Podcast”, “Giveaway RASH”, perkhidmatan kaunter cukai dan e-Invois, program derma darah dan pameran agensi, taklimat e-Invois, taklimat BEST: Edisi Niaga dan Edisi Majikan, dan program CSR: HASiL Prihatin.

Bagi memperkukuh penyampaian mesej pendidikan cukai kepada masyarakat, HASiL turut menampilkan selebriti dan pempengaruh media sosial terkenal yang merupakan Rakan Strategik HASiL (RASH) seperti Raifa Zulkifli dan Dina Nadzir bagi memeriahkan program tersebut.

Acara kemuncak Bulan Pendidikan Cukai 2025 akan diadakan pada 26 Oktober 2025 di Elmina Lakeside Mall, Shah Alam. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan tersebut, menyaksikan pertandingan dikir barat terbuka serta menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan dan aktiviti boleh diakses melalui semua platform media sosial rasmi HASiL, iaitu Facebook, X, Instagram dan TikTok.

Dengan pendekatan yang bersifat inklusif dan berimpak tinggi, Bulan Pendidikan Cukai 2025 diharap dapat menyemai rasa tanggungjawab bersama-sama dalam kalangan rakyat terhadap kepentingan pembayaran cukai, seterusnya menyokong usaha membina masa hadapan negara yang mampan.

HASiL akan terus komited melaksanakan inisiatif pendidikan percukaian secara menyeluruh bagi melahirkan masyarakat yang celik cukai dan berperanan aktif dalam agenda pembangunan negara.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas, orang ramai boleh menghubungi HASiL menerusi:

  1. Hasil Contact Centre (HCC) melalui talian 03-89111000/603-89111000 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; dan
  3. Borang Maklum Balas dalam portal rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi