Diterbitkan pada 14 Oktober 2025, 14:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2025 sebagai platform untuk memperjelas pelbagai inisiatif berkaitan dengan cukai langsung yang dibentangkan dalam Belanjawan 2026 baru-baru ini.

Siri Pembukaan SPK 2025 berlangsung secara hibrid, iaitu bersemuka di Menara HASiL Cyberjaya dan secara dalam talian melalui aplikasi zoom dengan kehadiran hampir 3,600 peserta.

Peserta terdiri daripada pegawai Kementerian Kewangan Malaysia, pegawai HASiL, pengamal percukaian, ahli badan profesional, ahli akademik serta orang awam.

Majlis perasmian seminar disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin dan turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Cukai merangkap Anggota Lembaga LHDNM, YBrs. Encik John Patrick Antonysamy; Anggota Lembaga LHDNM, YBhg. Datuk Noor Azian Abdul Hamid; Presiden Chartered Tax Institute Malaysia (CTIM), YBrs. Encik Soh Lian Seng; Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (M.A.T.A), YBhg. Dato’ Hj. Abd. Aziz Abu Bakar, serta barisan pengurusan kanan HASiL.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL. YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berucap semasa merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2025.

Penganjuran SPK yang memasuki siri ke-43 pada tahun ini menampilkan pendekatan berbeza dengan penganjuran di lima lokasi. Siri 1 (Pembukaan) diadakan secara hibrid, manakala Siri 2 hingga Siri 5 akan diadakan secara jerayawara (roadshow) di Johor, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.

Tiga topik utama yang dibincangkan sepanjang seminar ini oleh barisan pembentang dan ahli panel yang berpengalaman dari Kementerian Kewangan Malaysia, HASiL, CTIM dan M.A.T.A, iaitu Cadangan Belanjawan 2026, e-Invois: Persediaan Strategik ke Arah Pematuhan Mandatori dan Transformasi Digital Sistem Taksir Sendiri Cukai Keuntungan Harta Tanah dan Duti Setem.

Ketua Pegawai Dasar Percukaian, YBrs. Puan Rosnita Ahmad, seorang daripada pembentang dalam sesi SPK 2025.

Pendaftaran bagi siri seminar di Johor, Sarawak dan Sabah masih dibuka melalui portal SPK menerusi pautan https://spk.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dirujuk menerusi portal tersebut atau dikemukakan kepada Urus Setia SPK 2025 melalui e-mel, spkhasil@hasil.gov.my.

Untuk pertanyaan atau maklum balas, orang ramai boleh menghubungi HASiL melalui:

  1. Hasil Contact Centre (HCC) melalui talian 03-89111000/603-89111000 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; dan
  3. Borang Maklum Balas dalam portal rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi