Diterbitkan pada 11 September 2025, 12:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan kerjasama Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (M.A.T.A) mengalu-alukan penyertaan komuniti usahawan dan perniagaan ke Persidangan Cukai Usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2025.

Persidangan ini akan berlangsung pada 25 September 2025 di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Program buat julung kali ini dianjurkan secara hibrid dengan kadar yuran RM550 tidak termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Pendaftaran kini dibuka melalui portal rasmi M.A.T.A dengan pilihan penyertaan secara bersemuka atau webinar.

Empat topik utama akan dibincangkan oleh pakar dan panel berpengalaman daripada HASiL, M.A.T.A, Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM), serta Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Antara topik yang diketengahkan termasuklah “Landskap Percukaian Malaysia: Tanggungjawab dan Insentif PMKS”, “Isu dan Cabaran Usahawan dalam Pematuhan Cukai”, selain demonstrasi pelaksanaan Sistem e-PCB Plus dan Sistem e-Invois.

Persidangan ini turut menampilkan sesi perkongsian eksklusif bersama-sama selebriti dan usahawan berjaya, Encik Nubhan Ahamad yang juga dikenali sebagai pempengaruh dan penyanyi. Pada masa sama, majikan yang berdaftar dengan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp.) boleh menuntut kos latihan bagi penyertaan persidangan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Urus Setia Persidangan PMKS 2025 melalui e-mel, seminarhasil@hasil.gov.my atau mata@mata.org.my, atau talian 03-41499599/016-2409343.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  1. Hasil Contact Centre (HCC) melalui talian 03-89111000/603-89111000 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; dan
  3. Borang Maklum Balas dalam portal rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi