Diterbitkan pada 4 September 2025, 10:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

George Town – Pengurusan fiskal yang cekap penting dalam memastikan kelestarian kewangan negara, sekali gus memperkukuh asas ekonomi jangka panjang serta menjamin kesejahteraan rakyat. 

Untuk memastikan kutipan hasil negara kekal konsisten dan mampan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah mengadakan Operasi Guaman HASiL Pulau Pinang di Menara HASiL Pulau Pinang baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) HASiL, YBrs. Puan Norfaidah Daud dalam ucapan perasmiannya berkata pelaksanaan operasi ini merupakan pendekatan strategik serta platform untuk berinteraksi secara langsung dengan pembayar cukai bagi membincangkan isu percukaian dan mencari penyelesaian yang lebih berkesan. 

Tambah beliau, inisiatif ini membuktikan komitmen HASiL dalam memperkukuh integriti sistem percukaian negara sekali gus memenuhi sasaran kutipan cukai demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Pelaksanaan Operasi Guaman HASiL di Pulau Mutiara ini menyasarkan sebanyak 50 syarikat dan individu yang gagal melunaskan tunggakan cukai atau kompaun meskipun notis peringatan telah diberikan. 

Kredit Foto: Lembaga Hasil Dalam Negeri Pualau Pinang
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi