Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) melancarkan sistem perkhidmatan dalam talian baharu, e-Derma untuk diakses oleh Institusi atau Organisasi (IO) menerusi portal MyTax mulai 20 Ogos 2025.
Sistem ini bertujuan memudahkan urusan permohonan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
Melalui sistem e-Derma, IO boleh mengemukakan permohonan serta menyemak status kelulusan secara lebih mudah, sistematik dan efisien. Sebagai langkah penambahbaikan, perkhidmatan ini akan diperluas kepada kategori Tabung pada fasa seterusnya. Sehingga pelaksanaannya dibuat, permohonan bagi kategori Tabung masih menggunakan prosedur sedia ada.
Sebelum ini, permohonan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 hanya boleh dilakukan secara manual melalui surat rasmi kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN).
Untuk mengakses e-Derma, pengguna hanya perlu:
HASiL percaya pelaksanaan e-Derma dapat meningkatkan kecekapan proses permohonan dan kelulusan secara menyeluruh seterusnya memacu sistem percukaian negara ke arah yang lebih cekap, telus dan berdaya saing pada peringkat global.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui: