Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangMelaka – Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Chan Fong Hin merasmikan program “Know Your Rights, Do It Right” anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bagi menangani isu pemerdagangan orang dan buruh paksa dalam sektor perladangan.
Program ini bertujuan memberikan penerangan kepada pihak industri mengenai hak dan tanggungjawab majikan serta pekerja selaras dengan undang-undang negara dan piawaian antarabangsa.
Sesi ini turut disertai oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) yang menyampaikan taklimat berhubung dengan amalan buruh beretika, pencaruman pekerja asing dan peluang latihan melalui Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Dengan lebih daripada 75 peratus tenaga kerja sektor ini terdiri daripada pekerja asing, pematuhan terhadap Akta Kerja 1955 dan amalan perladangan mampan ditekankan sebagai aspek penting.
Setakat Jun 2025, sebanyak 89.6 peratus kawasan tanaman sawit telah disahkan di bawah pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO). Malaysia juga berjaya dinaikkan ke Tier 2 dalam Laporan Trafficking in Persons (TIP) 2024 yang mencerminkan usaha berterusan negara bagi menangani isu buruh paksa.
KPK menyeru semua pihak industri untuk memperkukuh sistem penggajian yang beretika dan mampan demi kelangsungan sektor perladangan negara.
Program ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KPK, YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof.