Diterbitkan pada 5 Ogos 2025, 18:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan kerjasama Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) menganjurkan Persidangan Percukaian Kebangsaan 2025 [National Tax Conference 2025 (NTC 2025)] edisi ke-25 yang berlangsung selama dua hari secara fizikal serta dalam talian di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Penganjuran persidangan ini bagi menyokong aspirasi Kerajaan MADANI demi merencana hala tuju pembangunan negara melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) (2026–2030) yang dibentangkan pada 31 Julai 2025.

Persidangan ini yang bertemakan “Fostering Tax Compliance, Building Economic Resilience” berjaya menghimpunkan hampir 1,800 orang peserta yang terdiri daripada pengamal percukaian, ahli badan profesional dan ahli akademik seluruh negara. Sebagai rekod, lebih daripada 36,000 peserta telah menyertai NTC sepanjang tempoh 25 tahun penganjurannya.

Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam ucapan perasmian NTC 2025 berkata, hasil kutipan cukai kekal sebagai tonggak utama pembangunan negara, sumber kewangan dan pemangkin kemajuan.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berucap merasmikan NTC 2025.

Tambah beliau, inisiatif ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasakan perkhidmatan awam dan merealisasikan pelbagai strategi seperti yang digariskan dalam Belanjawan 2025.

Menurut beliau lagi, usaha untuk meningkatkan kutipan hasil tidak seharusnya dilihat semata-mata demi memenuhi sasaran fiskal, tetapi untuk memperkukuh keupayaan negara bagi menaik taraf infrastruktur, pendidikan, kesihatan, perlindungan sosial dan kesejahteraan setiap rakyat Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin dalam ucapannya berkata, NTC merupakan platform strategik bagi membentuk masa hadapan ekosistem percukaian negara.

YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berucap dalam majlis perasmian NTC 2025.

Terkini, HASiL telah mempergiatkan promosi e-Invois secara meluas, pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri (STS) bagi Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Duti Setem serta Cukai Minimum Global (GMT) ke arah sistem percukaian yang lebih telus, adil dan mampan.

NTC 2025 diharap terus menyumbang secara signifikan ke arah pematuhan cukai yang lebih menyeluruh dan beretika serta menjadi wadah strategik bagi memperluas literasi percukaian, memperkukuh kerjasama antara pihak berkepentingan sekali gus mewujudkan landskap percukaian yang progresif, adil dan mampan.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden CTIM , YBrs. Encik Soh Lian Seng serta barisan pengurusan kanan HASiL dan CTIM.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  1. Hasil Contact Centre (HCC) menerusi talian 03-89111000/603-89111000 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; dan
  3. Borang Maklum Balas dalam portal rasmi HASiL menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi