Diterbitkan pada 15 Julai 2025, 10:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan bahawa sistem elektronik pindahan bertelegraf (e-TT) akan ditutup sementara dari 17 Julai 2025 hingga 21 Julai 2025 untuk proses penambahbaikan.

Dua penambahbaikan utama akan diperkenalkan dalam proses tersebut. Pertama ialah pembayar cukai kini boleh menjanakan nombor Akaun Maya (VA) menggunakan Nombor Bil selain Nombor Pengenalan Cukai (TIN) seperti sebelum ini. Fungsi baharu ini membolehkan maklumat bayaran dipaparkan secara automatik untuk semakan dan pengesahan sebelum pembayaran dilakukan.

Kedua ialah mekanisme penghantaran resit bayaran juga dipertingkatkan dengan menghantar salinan resit terus kepada e-mel pembayar cukai sebaik sahaja bayaran diterima oleh bank ejen HASiL. Selain itu, salinan resit untuk Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah turut boleh diakses melalui aplikasi e-Lejar atau Penyata Bayaran Cukai Pegangan melalui portal MyTax.

Oleh yang demikian, pembayar cukai dinasihatkan untuk menjanakan nombor VA dan menyelesaikan bayaran pada atau sebelum 16 Julai 2025. Bagi pembayaran melalui pindahan bertelegraf (TT) menggunakan kod SWIFT (SWIFT code), bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya pada 14 Julai 2025.

Sepanjang tempoh penutupan sementara, bayaran masih boleh dibuat melalui beberapa saluran alternatif, iaitu pembayaran secara Pertukaran Proses Kewangan (FPX) menerusi portal rasmi HASiL (ByrHASiL), di kaunter bank ejen dan Pos Malaysia (termasuk perbankan Internet dan ATM) serta kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil Kuala Lumpur untuk jenis bayaran tertentu.

Maklumat lanjut berkaitan dengan maklumat bayaran boleh dirujuk melalui portal rasmi HASiL atau menerusi capaian pantas Perkhidmatan > Individu > Kitaran Cukai Individu > Bayaran > Kaedah Bayaran.

Pembayar cukai juga boleh merujuk dokumen Soalan-soalan Lazim (FAQ) berkenaan dengan pelaksanaan penambahbaikan sistem e-TT melalui portal MyTax untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  1. Hasil Contact Centre (HCC) melalui talian 03-89111000/603-89111000 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; dan
  3. Borang Maklum Balas menerusi portal rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi