Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) telah menyediakan Format dan Contoh Baucar Dividen baharu bagi memudahkan pelaporan dan pematuhan syarikat terhadap pengeluaran perakuan atau baucar dividen kepada pemegang saham individu.
Hal ini selaras dengan pelaksanaan cukai ke atas pendapatan dividen yang diterima oleh pemegang saham individu susulan pembentangan Belanjawan 2025 yang lalu.
Melalui inisiatif ini, HASiL akan mengenakan cukai pada kadar dua peratus terhadap jumlah pendapatan dividen yang melebihi RM100,000 setahun berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran (TT) 2025. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem percukaian negara secara inklusif dan menepati keperluan semasa ekonomi negara.
Syarikat yang membayar, mengkredit atau mengagih dividen yang diperoleh dari Malaysia diwajibkan untuk mengeluarkan perakuan atau baucar dividen kepada pemegang saham individu. Keperluan ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 108 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan bertujuan menyatakan amaun kasar dividen serta amaun yang dibayar atau dikreditkan kepada pemegang saham.
Sekiranya dividen dibayar dalam bentuk harta tanah, nilai pasaran pada masa agihan dividen dibuat kepada pemegang saham hendaklah ditunjukkan dalam baucar dividen.
Format dan Contoh Baucar Dividen baharu boleh dimuat turun mengikut panduan mudah dengan melayari Portal Rasmi HASiL menerusi www.hasil.gov.my; klik menu Borang > Format Baucar Dividen.
Pembayar cukai, khususnya syarikat digalakkan untuk merujuk dan menggunakan format yang telah disediakan bagi memastikan pengisian maklumat berkaitan dengan dividen dilakukan secara teratur, telus dan menepati keperluan percukaian semasa.
HASiL percaya bahawa pelaksanaan inisiatif ini akan terus menyokong usaha pemerkasaan sistem percukaian negara secara progresif melalui amalan pematuhan yang lebih sistematik serta meningkatkan tahap integriti dalam tadbir urus hasil negara.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: