Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Kerajaan telah memberikan pengecualian pengenaan duti setem bagi kontrak penggajian yang dimuktamadkan sebelum 1 Januari 2025. Keputusan ini dibuat susulan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2025 dan dijadualkan untuk dilaksanakan secara berfasa mulai 1 Januari 2026.
Selaras dengan keputusan tersebut, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah mengeluarkan Rangka Kerja Audit Duti Setem (RKADS) pada 1 Januari 2025 bagi menerangkan pelaksanaan audit duti setem secara menyeluruh. Susulan itu, aktiviti audit duti setem telah dimulakan di seluruh negara oleh HASiL.
Melalui aktiviti audit duti setem serta operasi pematuhan yang dilaksanakan, antara penemuan utama oleh pihak HASiL termasuklah dokumen kontrak penggajian antara majikan dengan pekerja yang tidak disetemkan mengikut item 4, Jadual Pertama, Akta Setem 1949 dengan duti setem yang ditetapkan ialah RM10.00.
Dengan mengambil kira jumlah dokumen kontrak penggajian yang terlibat adalah tinggi dan isu ini merupakan penemuan audit baharu serta untuk mengurangkan beban majikan, Kementerian Kewangan telah membuat keputusan seperti yang berikut:
Semua majikan dikehendaki menyemak dan mengemas kini semua dokumen kontrak penggajian yang telah dan akan ditandatangani untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan penyeteman di bawah Akta Setem 1949.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: