Diterbitkan pada 29 Mei 2025, 16:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa waktu operasi Kaunter HASiL di seluruh negara telah diseragamkan mengikut waktu baharu mulai 1 Jun 2025.

Penetapan waktu operasi baharu ini dibuat selepas mengambil kira trend kunjungan orang awam ke Kaunter HASiL, di samping memastikan sumber perkhidmatan dapat dimanfaatkan secara optimum dan berorientasikan pelanggan.

Jadual waktu operasi baharu HASiL adalah seperti yang berikut:

  1. Kaunter Khidmat Rundingan/Pejabat Satelit/Kaunter Duti Setem
  2. Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH)

Perubahan ini terpakai kepada semua Kaunter Khidmat Rundingan, Pejabat Satelit, Kaunter Duti Setem serta Kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH) kecuali Kaunter Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Sebagai usaha berterusan HASiL untuk memastikan akses perkhidmatan percukaian yang lebih fleksibel dan inklusif, semua kaunter UTC akan terus beroperasi mengikut ketetapan sedia ada seperti jadual di bawah dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa:

Berikutan cuti umum Hari Gawai Dayak pada 1 Jun 2025, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun 2025 dan Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuklah Badan Berkanun Persekutuan di Sarawak, Kaunter HASiL negeri Sarawak akan mula beroperasi pada 5 Jun 2025. Waktu operasi Kaunter HASiL bagi negeri selain Sarawak, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan bermula pada 3 Jun 2025.

Sehubungan dengan itu, HASiL ingin menasihatkan pembayar cukai untuk membuat perancangan awal dan mengatur jadual lawatan ke Kaunter HASiL mengikut waktu operasi yang telah ditetapkan.

Bagi memudahkan urusan percukaian, pembayar cukai juga disarankan untuk memanfaatkan perkhidmatan secara dalam talian yang disediakan oleh HASiL melalui portal MyTax menerusi https://mytax.hasil.gov.my/ tanpa perlu hadir ke kaunter fizikal.

Pengoperasian waktu baharu ini diharap dapat memenuhi jangkaan pelanggan dan memberikan impak serta nilai tambah yang positif sekali gus meningkatkan kepuasan dan pengalaman terbaik kepada pelanggan dalam memudahkan urusan percukaian mereka.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  1. Pusat Hubungan Hasil (HCC) melalui talian 03-8911 1000/603-8911 1000 (Luar Negara);
  2. Sembang Langsung HASiL; dan
  3. Borang Maklum Balas dalam portal rasmi HASiL menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi