Diterbitkan pada 1 September 2023, 07:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 (NIMP) berupaya menjadikan Malaysia sebagai negara peneraju dalam sektor industri berteknologi tinggi menerusi matlamat dan empat misi jelas yang telah digariskan dalam pelan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata NIMP ialah sebuah kerangka dasar komprehensif yang merangkumi misi, keutamaan dan pelan tindakan dalam mentransformasi sektor perkilangan di Malaysia. Selain itu, beliau juga berkata pelan itu juga mampu melonjakkan bidang transformasi digital yang akan memberikan ruang kepada ratusan ribu anak muda dalam bidang pekerjaan baharu.

“Harapan saya adalah senada dengan perdana Menteri iaitu untuk mengembalikan dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan unggul sekali gus keupayaan negara di peringkat antarabangsa, ”katanya menerusi catatan di Facebook. Beliau sebelum itu menghadiri majlis pelancaran NIMP 2030 yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Perdana, Menara MITI, di sini,

Keyakinan yang sederap di bawah kepimpinan Kerajaan perpaduan perlu diletakkan terhadap NIMP kerana akan menjadikan Malaysia sebagai industri berteknologi tinggi dengan transformasi digital. NIMP 2030 merupakan komponen utama rangka kerja ekonomi MADANI yang disusun untuk memacu Malaysia sebagai peneraju global dalam pembangunan perindustrian, memperluaskan hubungan domestik untuk mewujudkan kekayaan di seluruh negara dan mengukuhkan kedudukannya dalam rantaian nilai global.

Pelan induk itu menggunakan pendekatan berasakan empat misi untuk memacu transformasi industri pada skala besar iaitu memajukan ekonomi, membina negara berdaya maju dalam teknologi, mendorong ke arah mengurangkan pelepasan karbon serta membina ekonomi berdaya tahan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi