Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan ) (MKD) menyumbang RM 50.7 bilion daripada keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2022 sebagai dividen kepada kerajaan dan lebih tinggi daripada tahun 2023 iaitu RM 28.1 bilion. Selain itu, beliau berkata sumbangan dividen tersebut akan dimasukkan ke dalam kumpulan wang disatukan untuk tujuan pembangunan dan bantuan kewangan, untuk dinikmati semua lapisan masyarakat.
Prestasi peningkatan sumbangan dividen itu juga perlu terus dipertingkatkan bagi membolehkan diberikan semula kepada masyarakat dalam bentuk pembangunan dan bantuan kewangan. Katanya lagi, dividen itu juga boleh ditingkatkan melalui usaha tadbir urus dan kaedah pengurusan syarikat yang lebih baik. Syarikat MKD merupakan badan korporat yang ditubuhkan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957, yang memberi kuasa kepada MKD untuk menyertai kontrak. mengambil alih, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala harta alih serta harta tidak alih.
Antara syarikat MKD ialah Petronas, Amanah raya berhad, Cyberview Sdn Bhd, Felcra Bhd dan Syarikat Perumahan Negara Berhad. “Syarikat yang terlibat dalam penyediaan infrastruktur dan utiliti merupakan antara syarikat MKD yang meyumbang peratusan dividen rendah kepada kerajaan” katanya. pada sidang media selepas merasmikan Program Kepimpinan Dan Tadbir Urus Baik Lembaga Pengarah MKD dan Badan Berkanun Persekutuan (BBP), di sini hari ini.
Beliau juga telah memberikan contoh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai yang terlibat dengan pengangkutan awam, syarikat berkenaan menghadapi masalah tertentu dan tidak boleh menaikkan harga perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat.