Diterbitkan pada 2 Januari 2025, 10:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa Program Memfail Borang Nyata (BN) bagi Tahun 2025 telah dimuat naik dalam portal rasmi HASiL sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan BN pada tahun 2025.

Dokumen tersebut boleh diakses dan dimuat turun dengan mengikuti panduan mudah seperti yang berikut:

  1. Layari Portal Rasmi HASiL menerusi hasil.gov.my
  2. Klik menu Borang > Program Memfail Borang Nyata > Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2025; atau
  3. Melalui capaian pantas menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/media /agdmne4n/program-memfail-bn-bagi-tahun-2025.pdf (Versi bahasa Melayu) atau https://www.hasil.gov.my/media/tvojk1ho/rf-filing-programme-for-2025.pdf (versi bahasa Inggeris).

Mulai Tahun Taksiran (TT) 2024, pembayar cukai kategori individu, perkongsian, keluarga sekutu hindu, pertubuhan dan harta pusaka diwajibkan sepenuhnya untuk mengemukakan BN secara e-filing.

Sehubungan itu, HASiL tidak lagi menerima pengemukaan BN secara manual/borang kertas sama ada di kaunter atau secara pos.

Kegagalan mengemukakan BN boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Majikan digalakkan untuk mengemukakan butiran saraan dan potongan pekerja melalui e-CP8D pada atau sebelum 25 Februari 2025.

Maklumat saraan pekerja yang diterima akan digunakan bagi tujuan praisi ke dalam e-Borang pekerja (e-BE / e-B / e-BT / e-M / e-MT Tahun Taksiran 2024). Hal ini bertujuan untuk memudahkan pekerja mengemukakan e-filing mulai     1 Mac 2025.

Pekerja boleh menyemak dan meminda data praisi pada e-Borang mereka, sekiranya terdapat sebarang perubahan sebelum e-Borang ditandatangan dan dihantar.

Selain itu, mulai TT 2025 juga, pembayar cukai kategori Syarikat dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang telah mengemukakan BN, diwajibkan untuk memberikan maklumat tambahan dan mengemukakan dokumen yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) di bawah seksyen 82B ACP 1967 dalam tempoh 30 hari selepas tarikh akhir pengemukaan borang nyata seperti yang berikut:

  1. Penyata Kewangan Beraudit/Akaun Pengurusan;
  2. Pengiraan Cukai;
  3. Jadual lengkap Elaun Modal dan Kenaan Jadual 3 ACP 1967 yang dituntut; dan
  4. Pengiraan lengkap insentif yang dituntut (jika berkaitan)

Sebagai panduan  dan  rujukan  kepada  pembayar  cukai  berkenaan  keperluan pengemukaan dokumen ditetapkan di bawah Seksyen 82B ini boleh diakses melalui portal MyTax menerusi  https://mytax.hasil.gov.my/ atau capaian pantas https://www.hasil.gov.my/borang/program-memfail-dokumen-yang-ditentukan-di-bawah-seksyen-82b-melalui-mitrs/

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  1. Pusat Hubungan HASiL (HCC) melalui talian 03-8911 1000/603-8911 1000 (Luar Negara);
  2. Sembang Langsung HASiL; dan
  3. Borang Maklum Balas melalui portal rasmi HASiL menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi