Diterbitkan pada 1 Oktober 2024, 11:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
London – Jumlah perdagangan dua hala Malaysia dan United Kingdom (UK) telah direkodkan sebanyak RM11.21 bilion sehingga Ogos 2024.

Menurut kenyataan media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Malaysia akan terus memperkukuh hubungan dua hala dengan UK selaku dagangan terbesar dalam kalangan negara ASEAN.

Hubungan dua hala antara kedua-dua negara ini dapat membuka ruang kerjasama yang lebih luas dalam perdagangan, pelaburan serta bidang-bidang lain.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizzuidin Putra Jamalulaill bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen berangkat bagi menghadiri Pameran InnoTrans 2024 bersempena dengan pemeteraian perjanjian persefahaman antara Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn. Bhd. dengan Siemens Mobility Sdn. Bhd.

Sempena lawatan tersebut, Tuanku Syed Faizzuidin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan menyempurnakan penyerahan sumbangan “Bantuan Ibnu Sabil” daripada MAIPs kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK.

Untuk rekod, Tabung Ibnu Sabil MAIPs merupakan sumbangan kepada beberapa buah Pejabat Perwakilan Malaysia terpilih di luar negara yang bertujuan membantu rakyat Malaysia yang berhadapan dengan situasi kecemasan, terputus bekalan sara diri atau terkandas untuk kembali ke tempat asal atau meneruskan perjalanan.

 

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi