Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kerajaan MADANI mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) sebanyak RM300 sebulan bagi April 2026, termasuk tambahan interim RM100 untuk kategori BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi.
Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan bantuan akan disalurkan mulai 8 April ini, memanfaatkan kira-kira 340,000 orang penerima dengan peruntukan sekitar RM102 juta.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap tekanan kos hidup susulan kenaikan harga bahan api global, khususnya bagi pengguna diesel dalam kalangan individu dan sektor agrikomoditi.
Menurut MoF, sejak diperkenalkan pada Mei 2024, BUDI Diesel telah menyalurkan bantuan tunai berjumlah RM1.12 bilion, sekali gus membantu meringankan kos sara hidup melalui pendekatan bersasar.
Kerajaan turut meneliti langkah jangka masa sederhana dan jangka masa panjang bagi memastikan sistem subsidi kekal mampan dan telus, di samping memperketat penguatkuasaan bagi mengelakkan penyelewengan, serta memastikan subsidi sampai kepada kumpulan sasar.