Diterbitkan pada 3 Mac 2026, 08:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan isu ketidakstabilan portal MyTax yang berlaku sebelum ini telah pulih sepenuhnya dan kini beroperasi seperti biasa.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan semalam, sepanjang tempoh gangguan tersebut sistem masih boleh diakses, namun sebahagian pengguna berdepan dengan kelewatan capaian.

Dalam perkembangan berkaitan dengannya, perkhidmatan e-Filing yang dibuka pada 1 Mac 2026 telah merekodkan penerimaan lebih daripada 320,000 Borang B dan Borang BE daripada pembayar cukai individu bagi Tahun Taksiran 2025. Jumlah itu mencerminkan tahap pematuhan, serta komitmen berterusan pembayar cukai dalam melaksanakan tanggungjawab percukaian secara sukarela.

Sehubungan dengan itu, HASiL merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih atas kesabaran, serta kerjasama semua pembayar cukai sepanjang tempoh gangguan. HASiL komited memastikan sistem perkhidmatan sentiasa berada pada tahap optimum demi kemudahan pengguna.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh dikemukakan melalui HASiL Contact Centre (HCC) melalui talian 03-89111000 atau +603-89111000 (luar negara), selain perkhidmatan “HASiL Live Chat”, serta Borang Maklum Balas dalam portal rasmi HASiL.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi