Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Ekonomi merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, serta Timbalan Menteri Ekonomi, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah sempena hari pertama mereka memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Ekonomi.
Warga Kementerian Ekonomi menyambut baik kehadiran YB Menteri dan YB Timbalan Menteri, sekali gus menyatakan komitmen penuh untuk terus memperkukuh agenda pembangunan ekonomi negara selaras dengan kepimpinan baharu kementerian.
Kementerian Ekonomi yakin bahawa dengan kepimpinan, kebijaksanaan, serta pengalaman YB Menteri dan YB Timbalan Menteri, kementerian mampu menerajui pembangunan ekonomi negara dengan lebih cemerlang berteraskan kesejahteraan rakyat, pengagihan sumber yang adil, serta kemakmuran negara secara menyeluruh selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.