Diterbitkan pada 7 Disember 2025, 14:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Selepas lebih daripada 14 bulan menghentikan operasi ekoran salah faham berkaitan dengan lesen perniagaan, Durian King Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) kini kembali menyambung perniagaannya.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2015, gerai durian sederhana tetapi ikonik ini menjadi pilihan utama warga Lembah Klang untuk menikmati durian segar, serta cendol durian yang terkenal dengan rasa premium dan saiz hidangan yang memuaskan.

Sepanjang tempoh penutupan, banyak pelanggan setia Durian King TTDI tertanya-tanya mengenai punca gangguan operasi. Penarikan lesen operasi ketika itu berlaku akibat salah faham antara pihak berkuasa dengan pengurusan Durian King TTDI.

Selepas melalui proses rayuan, Durian King TTDI akhirnya dibenarkan beroperasi semula dengan mengambil kira kepentingan industri durian terhadap petani, keselamatan makanan dan peluang pekerjaan.

Durian King TTDI kini dibuka dari pukul 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam pada Isnin hingga Jumaat, serta dari pukul 2.00 petang hingga 12.00 tengah malam pada hujung minggu dan cuti umum.

Pemiliknya, Encik Eric Ong menyatakan rasa syukur dan menghargai sokongan semua pihak yang terlibat dalam memastikan pembukaan semula premis perniagaannya.

Durian King TTDI mula beroperasi pada tahun 2015.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi