Diterbitkan pada 27 November 2025, 18:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Petaling Jaya – Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menganjurkan MPOC Trade Networking Visit Industry Dialogue yang menghimpunkan delegasi pembeli utama dari China bersama-sama pemain industri minyak sawit tempatan.

Program ini turut disertai Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang hadir bagi mendengar secara langsung pandangan dan keperluan pasaran China, satu daripada destinasi eksport terpenting bagi Malaysia.

Dalam ucapannya, YB Datuk Seri Johari menekankan keperluan mengembalikan daya saing Malaysia dalam pasaran China. Beliau turut menggariskan kepetingan dialog seperti ini untuk memahami faktor harga, isu logistik, kedudukan pasaran, serta kehendak pembeli China yang mewakili kira-kira 2.5 juta tan permintaan minyak sawit negara tersebut.

Program dialog ini juga membuka ruang untuk memperkukuh hubungan kerajaan-ke-kerajaan (G2G) dan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) antara Malaysia dengan China.

MPOC menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan minyak sawit Malaysia kekal sebagai pilihan berkualiti, boleh dipercayai dan lestari bagi pasaran China.

Yaang turut hadir dalam program ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, YBrs. Puan Belvinder Sron.

Kredit Foto: Facebook Kementerian Perladangan dan Komoditi
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi