Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBayan Lepas – CIMB Bank Berhad (CIMB) melancarkan Program +Play Finance, satu inisiatif bersama-sama Nicol David Organisation (NDO) yang diperkenalkan semasa Karnival Celik Kewangan di Pulau Pinang untuk memperkasakan belia Malaysia melalui literasi kewangan, kesejahteraan mental dan pergerakan fizikal.
Program ini memberikan manfaat kepada lebih daripada 750 orang pelajar dari 30 buah sekolah di Lembah Klang dengan fokus pada pembangunan holistik belia. Pelajar akan belajar mengenai pengurusan wang, menabung, membuat belanjawan dan menetapkan matlamat kewangan melalui sesi yang menarik dan praktikal.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, YBrs. Encik Gurdip Singh Sidhu menekankan bahawa literasi kewangan ialah alat penting untuk kejayaan jangka masa panjang, membolehkan golongan muda membuat keputusan bijak dan memberikan sumbangan positif kepada masyarakat.
Sementara itu, Pengasas NDO, YBhg. Datuk Nicol David mengaitkan program ini dengan nilai disiplin dan daya tahan yang diperoleh melalui sukan sambil memberikan pengetahuan kewangan untuk kehidupan yang lebih bertanggungjawab.
Program ini selaras dengan inisiatif “Kita Bagi Jadi Komuniti” CIMB yang bertujuan memperkukuh inklusi kewangan dan memberikan rakyat Malaysia pengetahuan, serta sokongan untuk membina kehidupan yang selamat dan mampan. Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, YBrs. Encik Ahmad Shahriman Mohd. Shariff.