Diterbitkan pada 15 Oktober 2025, 17:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus memperkukuh budaya tadbir urus percukaian yang berintegriti dalam sektor korporat menerusi pelaksanaan Program Tadbir Urus Percukaian Korporat [Tax Corporate Governance, (TCG)].

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk membina sistem percukaian yang telus dan berintegriti, sekali gus menggalakkan pematuhan cukai secara sukarela dalam kalangan syarikat di Malaysia.

Sebagai kesinambungan kepada usaha tersebut, HASiL menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Program TCG di Menara HASiL bagi mengiktiraf komitmen syarikat yang berjaya melaksanakan prinsip tadbir urus percukaian korporat dengan baik.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) HASiL, YBhg. Datuk Hisham Rusli dan turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, YBhg. Dato’ Sri Meer Sadik Habib Mohamed; Pengarah British American Tobacco GSD (Kuala Lumpur) Sdn. Bhd., YBrs. Puan Samantha Lee; Head of Tax BAT Malaysia, YBrs. Encik Stephen Wong; wakil BAT ASPAC Service Centre Sdn. Bhd., serta barisan pengurusan kanan HASiL dan tetamu jemputan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) bergambar kenang-kenangan bersama-sama tetamu jemputan.

Lima syarikat menerima pengiktirafan dalam majlis tersebut yang terdiri daripada dua syarikat bersekutu British American Tobacco (BAT), iaitu BAT ASPAC Service Centre Sdn. Bhd dan British American Tobacco GSD (Kuala Lumpur) Sdn. Bhd., serta tiga syarikat di bawah Kumpulan HABIB, iaitu Habib Jewelry Manufacturing Sdn. Bhd., Habib Jewels Sdn. Bhd. dan Habib Jewels Franchise Sdn. Bhd.

Menurut HASiL, pelaksanaan program TCG merupakan antara strategi utama bagi memperkukuh budaya pematuhan cukai secara sukarela dan berintegriti dalam kalangan sektor korporat.

Program ini turut membantu syarikat membangunkan sistem kawalan dalaman yang mantap, memperkukuh pengurusan risiko percukaian dan menyediakan asas kukuh bagi penyelarasan dasar percukaian yang lebih berkesan.

Melalui pelaksanaan TCG, kerjasama strategik antara HASiL dengan pembayar cukai dapat diperluas bagi membina keyakinan serta kepercayaan organisasi terhadap sistem percukaian negara sejajar dengan piawaian pematuhan cukai pada peringkat global.

HASiL optimis bahawa pelaksanaan program ini akan memberikan impak yang signifikan melalui pengurangan risiko audit, peningkatan kecekapan pemprosesan bayaran balik cukai, serta memperkukuh keyakinan pemegang taruh terhadap sistem percukaian negara yang profesional, berakauntabiliti dan diyakini.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas, orang ramai boleh menghubungi HASiL menerusi:

  1. Hasil Contact Centre (HCC) melalui talian 03-89111000/603-89111000 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; dan
  3. Borang Maklum Balas dalam portal rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi