Diterbitkan pada 8 September 2025, 11:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa Program Memfail Dokumen yang Ditentukan di bawah Seksyen 22EB Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (ACAPL 1990) melalui Malaysian Income Tax Reporting System (MITRS) telah dimuat naik dalam portal rasmi HASiL mulai 1 September 2025.

Orang awam boleh mengakses program tersebut dengan melayari portal rasmi HASiL menerusi www.hasil.gov.my dan memilih menu Borang > Program Memfail Dokumen yang Ditentukan Di Bawah Seksyen 22EB ACAPL 1990 Melalui MITRS.

Program ini berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran (TT) 2025 (asas tahun semasa) selaras dengan peruntukan baharu di bawah Seksyen 22EB ACAPL 1990. Peruntukan ini memerlukan pembayar cukai mengemukakan penyata keuntungan mengikut Seksyen 5 atau 10 ACAPL 1990, serta melampirkan maklumat dan mengemukakan dokumen yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) bagi menentukan keuntungan boleh cukai dan jumlah cukai yang kena dibayar.

Bagi permulaan, dokumen yang perlu dikemukakan ialah penyata kewangan beraudit atau akaun penyelesai, salinan resit pembayaran zakat di bawah Seksyen 8A ACAPL 1990 (jika berkaitan dengannya) dan pengiraan lengkap insentif yang dituntut (jika berkaitan dengannya). Dokumen tersebut perlu disediakan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, manakala dokumen dalam bahasa lain hendaklah disertakan dengan terjemahan rasmi.

Pengemukaan dokumen hendaklah dibuat melalui aplikasi MITRS menerusi portal MyTax (https://mytax.hasil.gov.my) dalam tempoh 30 hari selepas tarikh akhir pengemukaan penyata keuntungan. Pembayar cukai juga boleh melantik ejen cukai berlesen di bawah Seksyen 21C ACAPL 1990 untuk mengemukakan dokumen tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  1. Hasil Contact Centre (HCC) melalui talian 03-89111000/603-89111000 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; dan
  3. Borang Maklum Balas dalam portal rasmi HASiL menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi