Diterbitkan pada 8 Ogos 2025, 11:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Persidangan ESG Industri Getah Malaysia (MREC) 2025 yang membuka tirai semalam dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Chan Foong Hin.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Getah Malaysia (MRC) yang menghimpunkan pemain industri, pembuat dasar dan pihak berkepentingan antarabangsa bagi menyelaraskan sektor getah negara dengan piawaian kemampanan global.

Bertemakan “Creating Opportunities Amid Sustainability Challenges”, MREC 2025 memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuh rantaian bekalan, memastikan pematuhan terhadap peraturan antarabangsa, serta menggalakkan amalan pengeluaran yang mampan, termasuk pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan EU (EUDR) dan keperluan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang lain.

Persidangan ini turut memperkukuh agenda strategik Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam pengeluaran komoditi mampan.

Antara peserta yang menyertai persidangan ini.

MRC juga menekankan kepentingan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pelbagai bentuk sokongan, termasuk mekanisme pemantauan kendiri dan pameran penyelesaian digital ESG.

Penganjuran MREC 2025 mencerminkan komitmen kerajaan melalui KPK terhadap prinsip “Tanggungjawab Bersama, Kemakmuran Bersama, Menuju Kelestarian”, sejajar dengan penyertaan aktif Malaysia dalam forum global seperti COP30 dan FACT 2025–2026.

Kredit Foto: Facebook Kementerian Perladangan dan Komoditi
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi