Diterbitkan pada 9 Ogos 2025, 11:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Jerantut – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) meneruskan usaha memperkasakan masyarakat yang memerlukan menerusi penganjuran Program CSR Team HASiL Prihatin Peringkat Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang di Sekolah Kebangsaan Gusai (SK Gusai), Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang.

Program yang bertemakan “Sukan dan Keceriaan” ini menyalurkan sumbangan tunai yang diterima oleh Team HASiL Prihatin bagi menaik taraf fasiliti sekolah dan membantu penduduk kampung. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah; menaik taraf dan menceriakan Bilik Digital sekolah, Program Sahabat HASiL bersama-sama murid, pembukaan kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR), program rewang “Kenduri Sekampung Gusai”, kibaran Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-68, serta pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi bersama-sama penduduk kampung.

Dalam ucapan perasmian, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) HASiL, Encik Khairul Halimin Abdul Halim menyatakan komitmen HASiL untuk terus menyantuni masyarakat, terutamanya di kawasan pedalaman agar tidak keciciran daripada arus perdana pembangunan.

YBrs. Encik Khairul Halimin berucap ketika merasmikan Program CSR Team HASiL Prihatin di SK Gusai.

Program CSR Team HASiL Prihatin merupakan sebahagian daripada usaha berterusan HASiL untuk mendekati komuniti, khususnya golongan yang tinggal di kawasan terpencil. Inisiatif ini diharap dapat melestarikan tanggungjawab sosial korporat HASiL ke arah pembentukan masyarakat prihatin demi kebajikan semua lapisan masyarakat dan negara MADANI.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) HASiL, YBrs. Encik Shaharrudy Othman; Pengarah Negeri HASiL Pahang, YBrs. Encik Amilin Mahir; Pemangku Guru Besar, SK Gusai, Encik Mohd Hanif Md Desa serta barisan pengurusan kanan HASiL.

YBrs. Encik Khairul Halimin menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Mohd Hanif .

Sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  1. Hasil Contact Centre (HCC) melalui talian 03-89111000/603-89111000 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; dan
  3. Borang Maklum Balas dalam portal rasmi HASiL menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi