Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2024 secara e-Filing (termasuk bayaran cukai/baki cukai kena dibayar) bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan adalah pada 15 Julai 2025.
Kategori pembayar cukai yang terlibat adalah seperti dalam jadual berikut:

Pengemukaan BN melalui e-Filing boleh dibuat menerusi portal MyTax melalui pautan https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi HASiL menerusi https://www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing. Sebagai maklumat tambahan, rujukan kepada borang yang berkaitan dengannya boleh diperoleh menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/borang/muat-turun-borang/.
HASiL menyeru agar pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab percukaian mereka dengan sempurna dan mematuhi tarikh akhir yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti, kenaikan atau tindakan perundangan yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
Selain itu, pembayar cukai juga dinasihatkan untuk memastikan semua maklumat peribadi dan butiran akaun bank dikemas kini dan lengkap semasa pengemukaan BN. Langkah ini penting bagi memastikan proses bayaran balik cukai (sekiranya berkenaan) dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang halangan.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: